Post by monchehbanzai on Jul 3, 2007 16:38:20 GMT 7
World Rally Championship (WRC) adalah siri perlumbaan ralli yang d**elolakan oleh FIA, dengan dua kejohanan iaitu bagi pemandu dan pengeluar. Kedua-duanya, iaitu juara bagi pemandu dan pengeluar adalah kejohanan yang berbeza, tetapi berdasarkan sistem mata yang sama. Sebagai contoh, pada tahun 2003 Petter Solberg, yang memandu Subaru telah memenangi kejohanan pemandu, tetapi juara bagi pengeluar adalah Citroen.
Kejohanan pada masa ini, menampilkan 16 ralli, dengan kereta pacuan empat roda turbocharge 2.0L berdasarkan regulasi WRC. Output power telah dihadkan kepada sekitar 300 bhp/225kW (Kereta Ralli group B, telah diban pada tahun 1986 sebab power takde limit telah menyebabkan banyak eksiden yang membawa maut). Diantara kereta-kereta yang bertanding ialah Citroën C4, Ford Focus RS, Peugeot 307, Škoda Fabia, Subaru Impreza, dan Mitsubishi Lancer WRC. Suzuki merancang untuk menyertai WRC 2008 menggunakan kereta SX4.
Pada tahun 2006, kejohanan WRC ini diadakan di Monte Carlo, Sweden, Mexico, Spain, France, Argentina, Italy, Greece, Germany, Finland, Japan, Cyprus, Turkey, Australia, New Zealand dan Great Britain. Pada tahun 2007, Norway, Ireland dan Portugal dimasukkan bagi menggantikan Cyprus, Turki dan Australia.
Juara pada tahun 2006 bagi pemandu ialah Sébastien Loeb yang memandu Citroën Xsara manakala juara pengeluar ialah Ford dengan Ford Focus. Pada tahun 2007, sehingga masa ini, (pusingan ke-8) pendahulu bagi kejohanan pemandu ialah Marcus Grönholm yang memandu Ford diikuti Sébastien Loeb. Ford juga sedang mendahului bagi kejohanan pengeluar.